Aku Punya Style

Duit Marrriiii.......

Saturday 12 November 2011

Lelaki Bogel Meluru Ke Pentas Anugerah MTV Eropah

SEORANG lelaki dalam keadaan berbogel tanpa seurat benang meluru ke atas pentas semasa Anugerah Muzik MTV Eropah di belfast, Utara Ireland Ahad lalu.

Kejadian tersebut berlaku sebaik sahaja pelakon popular siri Heroes, Hayden Panettiere ingin mengumumkan anugerah untuk lagu terbaik.

Secara tiba-tiba, lelaki tidak dikenali itu muncul, berlari dan melompat di sekeliling pentas sebelum dia kemudiannya berhenti dan berdiri di hadapan Hayden.

Bintang siri Heroes itu kelihatan sedikit terkejut. Bintang itu terlopong menyaksikan aksi lelaki bogel tersebut sambil menutup mulutnya dengan tangan.




"Oh tuhan ku!" katanya yang kelihatan malu.

Bagaimanapun, pelakon itu terus menunjukkan reaksi tenang. Beliau menyapa lelaki tersebut sambil menghulurkan pembesar suara kepadanya dan lelaki tersebut berkata "hello.".

"Kawan, apa yang kamu buat?" Tanya Hayden.

Lelaki tersebut mendakwa bahawa dirinya seorang peminat fanatik Hayden. Hayden kemudiannya menjemput lelaki itu untuk bertemunya selepas persembahan.

"Saya sangat menyukainya" jawab lelaki itu sebagai tanda setuju.

"Baiklah, saya akan tinggalkan kamu dan saya akan kembali menemui kamu selepas persembahan ya," tambah lelaki itu sebelum kemudiannya berlari turun dari pentas.

Apapun, kejadian itu mencetuskan tanda tanya di kalangan penonton yang turut mempersoalkan sama ada lelaki bogel tersebut merupakan gimik persembahan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Click if u want this