Aku Punya Style

Duit Marrriiii.......

Tuesday 15 March 2011

Kursus Perguruan Lepasan SPM Ambilan Jun 2011 Dibuka

Kementerian Pelajaran Malaysia

—– credit to eputra.com

Kursus Perguruan Lepas Sijil Pelajaran Malaysia (KPLSPM) Ambilan Jun 2011 di bawah kelolaan Kementerian Pelajaran Malaysia akan mula dibuka hari ini, 7 Mac 2011. Para lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam dipelawa untuk memohon program perguruan yang ditawarkan.

Permohonan untuk ke Institut Pendidikan Guru atau dulu dikenali sebagai Maktab Perguruanmemang dinanti-nantikan oleh mereka yang berminat untuk menjadi guru. Tahun ini permohonan dibuka sebulan lewat berbanding tahun lepas.

Program Pengajian Perguruan

Program pengajian yang ditawarkan terbahagi kepada 4 kategori.

Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)

Program Pelajar Cemerlang ke Universiti Terkemuka Luar Negara

Program Kembar Bahasa Perancis

Program Kembar Bahasa Jerman

Syarat Asas

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Umur tidak melebihi 20 tahun pada 20 Jun 2011 iaitu lahir pada atau selepas 20 Jun 1991.
  3. Calon hendaklah sihat fizikal dan mental.
  4. Calon hendaklah aktif dalam kegiatan kokurikulum.
  5. Mempunyai kelayakan akademik di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat cemerlang dalam mana-mana tiga mata pelajaran dan sekurang-kurangnya kepujian dalam tiga mata pelajaran berikut:
    • Bahasa Melayu
    • Sejarah
    • Satu mata pelajaran yang lain serta;
    • Lulus Bahasa Inggeris

  6. Memenuhi syarat dan kelayakan khusus bidang pengajian yang dipohon.

Syarat Khas

Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)

  • Program ini dikhususkan untuk melatih guru-guru di Institut Pendidikan Guru (IPG) dan institusi lain yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dalam pelbagai bidang bagi keperluan di sekolah rendah iaitu Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil.
  • Sebagai prasyarat, calon dikehendaki mengikuti dan lulus Kursus Persediaan selama 1 tahun 6 bulan di Institut Pendidikan Guru (IPG) yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sebelum ditawarkan untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan selama 4 tahun di Institut Latihan Perguruan yang ditetapkan.

Program Pelajar Cemerlang ke Universiti Terkemuka Luar Negara

  • Program ini ditawarkan kepada calon-calon lepas SPM yang menepati syarat asas dan syarat tambahan yang ditetapkan bagi mengikuti program Ijazah Pertama di universiti terkemuka di luar negara dalam bidang Fizik, Kimia, Biologi, Matematik, Pendidikan Khas dan Bahasa Cina.
  • Bagi mengikuti Program Penghantaran Pelajar Cemerlang Ke Universiti Terkemuka Luar Negara (PPC), calon hendaklah memiliki sekurang-kurangnya, 7 cemerlang termasuk mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia.

Program Kembar Bahasa Perancis

  • Program ini terbuka kepada calon yang mempunyai pengetahuan asas bertutur dan menulis Bahasa Perancis serta memiliki sekurang-kurangnya Delf 1. 2.4

Program Kembar Bahasa Jerman

  • Program ini terbuka kepada calon yang mempunyai pengetahuan asas bertutur dan menulis dalam Bahasa Jerman.

Cara Memohon

  • Permohonan untuk memasuki Kursus Perguruan Lepasan SPM (KPLSPM) Ambilan Jun 2011 hanya boleh dibuat secara atas talian (online) melalui laman web Kementerian Pelajaran Malaysia atau terus sahaja ke portal Permohonan Dalam Talian KPLSPM Ambilan Jun 2011.
  • Permohonan ini hanya boleh dibuat dengan menggunakan nombor pengenalan individu (PIN) yang boleh dibeli di Bank Simpanan Nasional (BSN) di seluruh Malaysia dengan bayaran sebanyak RM 6.00.
  • Pemohon dinasihatkan mendapatkan maklumat berkenaan bidang pengkhususan dan gred minimum serta kalendar aktiviti sebelum membuat permohonan.
  • Calon dibenarkan mengemukakan hanya satu permohonan sahaja.
  • Calon boleh menggunakan nombor PIN yang sama untuk membuat pindaan butiran kepada permohonan yang telah dihantar. Pindaan butiran permohonan dihadkan tiga kali sahaja dan hendaklah dibuat sebelum tarikh tutup permohonan.
  • Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak.
  • Calon dinasihatkan menyemak status permohonan mereka dari semasa ke semasa untuk status panggilan temu duga dan juga tawaran ke IPG yang ditetapkan.

Ujian INSAK

  • Calon yang dipanggil temu duga dikehendaki menduduki ujian Inventori Sahsiah Keguruan (INSAK) semasa menghadiri temu duga.
  • Pemilihan calon untuk mengikuti kursus perguruan adalah bergantung kepada kedudukan pencapaian merit skor akademik, prestasi dan temu duga dan keputusan ujian INSAK.
  • Keputusan oleh Jawatankuasa Pemilihan adalah muktamad.

Ikatan Perjanjian

Calon yang ditawarkan mengikuti kursus di Institut Pendidikan Guru adalah tertakluk kepada ikatan Perjanjian Pendidikan Guru seperti yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Calon hendaklah bersetuju dan patuh dengan kontrak perjanjian untuk berkhidmat di mana-mana sekolah atau institusi pendidikan termasuk di kawasan pedalaman seperti yang diarahkan oleh pihak kerajaan setelah tamat berkursus.

Pendaftaran

  • Calon-calon yang ditawarkan untuk mengikuti Kursus Persediaan akan mendaftar di Institut Latihan Perguruan yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada 20 Jun 2011 (tarikh tertakluk kepada pindaan).
  • Surat tawaran rasmi bagi calon yang berjaya akan diserahkan di IPG yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia setelah calon melapor diri di IPG.

Tarikh-tarikh Penting

TarikhAktiviti
7 Mac 2011Permohonan Dibuka
21 Mac 2011Permohonan Ditutup
4 April 2011Semakan Temuduga
11 – 22 April 2011Temuduga
21 Mei 2011Semakan Tawaran
20 Jun 2011Pendaftaran

Tarikh Tutup

  • TARIKH TUTUP PERMOHONAN
    Tarikh tutup permohonan secara online adalah pada 21 MAC 2011 dilanjutkan sehingga 25 Mac 2011.
  • Calon yang telah ditemu duga dan tidak menerima sebarang maklumat dalam tempoh 1 bulan selepas tarikh pendaftaran adalah dianggap tidak berjaya.

Maklumat

  • Tiada surat menyurat akan dikeluarkan untuk menyampaikan sebarang maklumat kepada pemohon.
  • Maklumat di sini hanya ringkasan sahaja, sila rujuk laman web Permohonan Dalam Talian KPLSPM Ambilan Jun 2011 untuk mendapatkan maklumat lebih terperinci.
  • Sila rujuk juga komen-komen di Permohonan Kursus Perguruan Lepas SPM KPLSPM Ambilan Jun 2010 sebagai panduan.
  • Jika ada sebarang pertanyaan berkaitan dengan permohonan KPLSPM ini, sila hubungi:
    • BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
      ARAS 3, BLOK E13, PARCEL E
      KOMPLEKS PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
      62604 PUTRAJAYA
      (u.p : Unit Pengambilan dan Penempatan Pelajar)
      Telefon : 03 8884 1260/ 1254/ 1253/ 1371/ 1235
    • URUS SETIA BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
      Cawangan Sabah
      d/a Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya
      Peti Surat 10491
      88805 Kota Kinabalu,
      Sabah
      Telefon : 088 236804
    • URUS SETIA BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
      Cawangan Sarawak
      Jalan College
      93259 Kuching,
      Sarawak
      Telefon : 082 258045

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Click if u want this